Catatan Popular

Rabu, 11 Mei 2011

URUTAN WAJAH

Urutan adalah salahsatu pendekatan rawatan menggunakan sentuhan dari kulit ke kulit. Ia terbahagi banyak jenis iaitu urutan wajah,kepala dan leher,badan,tangan dan kaki. Kita berkongsi sedikit asas urutan wajah. urutan adala kaedah rawatan humanistik yang di amalkan sejak turun temurun.
           M...urutan wajah, bukan badan sahaja harus dibelai tetapi wajah juga penting bagi tujuan kesihatan dan kecantikan. Wajah adalah salah satu aset memaparkan personaliti kesihatan bukan wajah ayu atau hensem. Sebenarnya kelicinan, kebersihan dan penamilan wajah seperti tidak terlalu nampak kusam,pucat dan berkerut.Umpama bila wajah pucat seolah-olah menampil diri seorang itu tidak sihat.
           Urutan muka atau wajah mesti dilakukan dengan teratur sekurang-kurang sebulan sekali untuk memberikan hasil yang memuaskan. Ketika mengurut jangan menggunakan krim pembersih/cleansing milk sebaliknya gunakanlah krim muka. Ia bertujuan untuk memudahkan pergerakan tangan dimuka disamping mengurangkan kekenduran kulit.
          
Urutan wajah tidak boleh dilakukan sekiranya terdapat masalah-masalah seperti dibawah :
  • Wajah ditumbuhi jerawat
  • Radang dikulit muka
  • Muka bengkak
  • Jangkitan kulit
  • Luka dibahagian wajah
 Sekiranya urutan dilakukan dengan keadaan wajah diatas, maka ia akan menambahkan masalah lagi seperti diatas.

FAEDAH URUTAN MUKA
  • Melicinkan dan melembutkan wajah
  • Memperbetulkan dan mempercepatkan peredaran darah
  • Merangsang kelanjar-kelanjar kulit
  • Menguatkan kulit menjadi tegang
  • Mengurangkan kekenduran
  • Kulit menjadi sihat dan kelihatan menjadi muda
CARA MELAKUKAN URUTAN MUKA
Waktu Sesuai Mengurut Muka : selepas bangun daripada tidur kerana pada waktu itu muka tampak berminyak
  1. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. 
  2. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). 
  3. Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. 
 Urutan dengan kaedah usapan atau gosokan halus dan bukan menekan kuat pada kulit

Peringatan :
Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah.





Petua :
Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.


                                sekadar gambar hiasan : urutan muka serba sedikit memaparkan keceriaaan individu


  sekadar gambar hiasan : urutan wajah bukan sahaja wanita sesuai malahan kaum lelaki boleh melakukannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan