Jom ...santai. Nasi Ambang atau di kenali Nasi Ambeng adalah tradisi masyarakat Melayu Jawa. Makanan ini biasanya dihidangkan dalam majlis tertentu seperti majlis kesyukuran, majlis tahlil arwah dan lain-lain. Kini ia banyak dijual dimerata-rata tempat.
Tahukah anda...majoriti ia mudah didapati di negeri Johor seperti daerah Segamat,Batu Pahat,Muar dan bak kata pepatah dimana ada masyarakat Melayu Jawa disitulah makanan itu berada. Cara hidangan adalah diletakkan dalam satu dulang atau talam yang besar. Terdapat nasi didalam dulang dan diatasnya mempunyai pelbagai lauk pauk.
Kebiasannya makanan dalam dulang ini dimakan antara 4 atau 5 orang. Tetapi mereka tidak makan di majlis tersebut kerana tuan rumah menyediakan bungkusan untuk di bawa pulang makan bersama keluarga. Bungkus dalam bahasa Jawa di sebut "Bontrot" atau bekal atau bungkus makanan. Nasi dalam dulang dibahagi sama rata,jika dalam dulang 5 atau 4 orang maka nasi dan lauk pauk di bahagikan kepada 5 atau 4 bahagian.
Dahulu kala lauk pauk biasanya hingga 21 jenis. Kini lauk pauk telah dikurangkan. Pengurangan ini tidak dapat dikenal pasti,mungkin mengikut peradaran masa. Antara lauk pauk yang biasa adalah seperti berikut :
- ayam masak kicap/pedas/goreng/rendang
- sambal goreng
- serunding kelapa
- mee hun/mi kuning goreng
- ikan kering
- tempe goreng / tempeyek
- ulam mentimun
- tumis kacang panjang
- ulam sayur
Hebat bukan. Oleh itu untuk mengenal lebih mendalam datanglah melawat ke negeri Johor. Selain makanan ini mungkin ada makanan lain yang menjadi indentiti suatu masyarakat. Seronoknya macam yang seronok berada di Malaysia.

gambar hiasan : nasi ambeng
nasi ambeng yang telah siap sebelum dihidangkan
lazimnya didalam satu dulang terdapat seorang ketua dikalangan 4 orang bagi membahagikan nasi untuk dibungkus pulang
sedapkan m...nasi ambeng
Tiada ulasan:
Catat Ulasan