Catatan Popular

Khamis, 12 Mei 2011

DERIA SENTUHAN DAN KESAKITAN

Sentuhan dan kesakitan adalah suatu perkaitan. Sentuhan adalah deria rasa manakala kesakitan adalah sesuatu masalah yang menganggu sesuatu kawasan mengakibatkan rasa yang terlampau. Perkaitan di sini adalah bila kita sakit,secara langsung tangan kita akan memegang atau merasa tempat sakit secara automatik. Tindakan lazim dilakukan adalah mengosok atau mengusap kawasan tersebut. Ia bertujuan adalah untuk melegakan rasa sakit dan meringankan kesakitan.
               Sebagai contoh yang diamalkan pengamal perubatan REIKI sentuhan tangan dan mendekatkan dikawasan sakit dapat membantu melegakan serta menyembuhan penyakit. Ini kerana terdapat aliran tenaga magnetik dan elektirk pada tangan yang dapat memperbaiki sistem pertahanan badan. Pengamal REIKI juga menggunakan tenaga aura dan getaran seperti tanah, air, api , cahaya matahari dan tumbuh-tumbuhan dari alam semula jadi dengan izin Allah lalu mengalirkan tenaga ini sebagai rawatan kepada penyakit fizikal badan.

Kajian yang dibuat di pusat kajian Miami telah membuktikan kuasa sentuhan tangan kita adalah sesuatu yang amat menakjubkan. Kajian tersebut telah membuktikan sentuhan dapat:-

1) Meningkatkan sistem imun (pertahanan badan di mana kawasan tempat sentuhan terdapat penghijrahan sel darah putih yang bertindak sebagai daya tahan badan berkumpul dengan banyaknya.

2) Meredakan stress (tekanan).

3) Megurangkan paras glukos pada pesakit diabetis.

4) Mempercepatkan pemulihan luka dan tulang yang patah

5) Mengurangkan rasa kebimbangan.

6) Mengurangkan tahap kemurungan

7) Mengurangkan rasa kebimbangan dan kemarahan

8) Melegakan rasa dukacita

9) Melegakan dan membantu sembuhkan penyakit.

10) Membantu penurunan tekanan darah .
    Sentuhan lain ialah apabila kita memeluk bayi,isteri dan anak, satu perasaan lega kerana serotonin diaktifkan apabila berlaku sentuhan. Serotonin adalah cecair hormon yang dapat meningkatkan rasa gembira. Dengan sentuhan juga dopamin dapat ditingkatkan. Kekurangan Dopamin menyebabkan manusia akan nyanyuk dan terkena penyakit parkinson. Dengan memeluk anak-anak, maka sistem kecerdasan mereka dapt ditingkatkan.Ini adalah berdasarkan satu kajian telah dilakukan bahawa anak-anak yang sering mendapat pelukan dari ibu bapanya mempunyai kecerdasan,penghargaan kendiri tinggi dan keyakinan yang lebih tinggi dari yang tidak berbuat demikian.



APAKAH CECAIR SEROTONIN

Serotonin (5-hydroxytryptamine) adalah sebuah hormon yang terdapat di dalam kelenjar pineal, kepingan darah, sistem pencernaan, dan otak.
Sekitar 80% dari total serotonin tubuh manusia terletak di sel enterochromaffin di usus, dan digunakan untuk mengatur pergerakan usus.
Dan sisanya terletak dalam sistem saraf pusat (otak & sumsum tulang belakang).

                                      Kedudukan Kelenjar pineal yang merembeskan cecair serotonin

FUNGSI CECAIR SEROTONIN
Serotonin sebagai neurotransmitter menghantarkan rangsang antara saraf otak yang satu ke saraf otak yang lainnya.
Dari kurang lebih 40 juta sel otak, sebagian besar dipengaruhi secara langsung maupun tidak langsung oleh serotonin.
Termasuk sel-sel otak yang berhubungan dengan mood, nafsu seksual, selera makan, daya ingat dan pembelajaran, pengaturan temperatur tubuh, dan beberapa perilaku sosial lainnya

                                                         sentuhan tangan

                                                    sentuhan ibu kepada bayi - gambar hiasan


Rabu, 11 Mei 2011

URUTAN WAJAH

Urutan adalah salahsatu pendekatan rawatan menggunakan sentuhan dari kulit ke kulit. Ia terbahagi banyak jenis iaitu urutan wajah,kepala dan leher,badan,tangan dan kaki. Kita berkongsi sedikit asas urutan wajah. urutan adala kaedah rawatan humanistik yang di amalkan sejak turun temurun.
           M...urutan wajah, bukan badan sahaja harus dibelai tetapi wajah juga penting bagi tujuan kesihatan dan kecantikan. Wajah adalah salah satu aset memaparkan personaliti kesihatan bukan wajah ayu atau hensem. Sebenarnya kelicinan, kebersihan dan penamilan wajah seperti tidak terlalu nampak kusam,pucat dan berkerut.Umpama bila wajah pucat seolah-olah menampil diri seorang itu tidak sihat.
           Urutan muka atau wajah mesti dilakukan dengan teratur sekurang-kurang sebulan sekali untuk memberikan hasil yang memuaskan. Ketika mengurut jangan menggunakan krim pembersih/cleansing milk sebaliknya gunakanlah krim muka. Ia bertujuan untuk memudahkan pergerakan tangan dimuka disamping mengurangkan kekenduran kulit.
          
Urutan wajah tidak boleh dilakukan sekiranya terdapat masalah-masalah seperti dibawah :
  • Wajah ditumbuhi jerawat
  • Radang dikulit muka
  • Muka bengkak
  • Jangkitan kulit
  • Luka dibahagian wajah
 Sekiranya urutan dilakukan dengan keadaan wajah diatas, maka ia akan menambahkan masalah lagi seperti diatas.

FAEDAH URUTAN MUKA
  • Melicinkan dan melembutkan wajah
  • Memperbetulkan dan mempercepatkan peredaran darah
  • Merangsang kelanjar-kelanjar kulit
  • Menguatkan kulit menjadi tegang
  • Mengurangkan kekenduran
  • Kulit menjadi sihat dan kelihatan menjadi muda
CARA MELAKUKAN URUTAN MUKA
Waktu Sesuai Mengurut Muka : selepas bangun daripada tidur kerana pada waktu itu muka tampak berminyak
  1. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. 
  2. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). 
  3. Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. 
 Urutan dengan kaedah usapan atau gosokan halus dan bukan menekan kuat pada kulit

Peringatan :
Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah.





Petua :
Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.


                                sekadar gambar hiasan : urutan muka serba sedikit memaparkan keceriaaan individu


  sekadar gambar hiasan : urutan wajah bukan sahaja wanita sesuai malahan kaum lelaki boleh melakukannya

Selasa, 10 Mei 2011

NASI AMBANG ATAU NASI AMBENG

Jom ...santai. Nasi Ambang atau di kenali Nasi Ambeng adalah tradisi masyarakat Melayu Jawa. Makanan ini biasanya dihidangkan dalam majlis tertentu seperti majlis kesyukuran, majlis tahlil arwah dan lain-lain. Kini ia banyak dijual dimerata-rata tempat.
      Tahukah anda...majoriti ia mudah didapati di negeri Johor seperti daerah Segamat,Batu Pahat,Muar dan bak kata pepatah dimana ada masyarakat Melayu Jawa disitulah makanan itu berada. Cara hidangan adalah diletakkan dalam satu dulang atau talam yang besar. Terdapat nasi didalam dulang dan diatasnya mempunyai pelbagai lauk pauk.
        Kebiasannya makanan dalam dulang ini dimakan antara 4 atau 5 orang. Tetapi mereka tidak makan di majlis tersebut kerana tuan rumah menyediakan bungkusan untuk di bawa pulang makan bersama keluarga. Bungkus dalam bahasa Jawa di sebut "Bontrot" atau bekal atau bungkus makanan. Nasi dalam dulang dibahagi sama rata,jika dalam dulang 5 atau 4 orang maka nasi dan lauk pauk di bahagikan kepada 5 atau 4 bahagian.
     Dahulu kala lauk pauk biasanya hingga 21 jenis. Kini lauk pauk telah dikurangkan. Pengurangan ini tidak dapat dikenal pasti,mungkin mengikut peradaran masa. Antara lauk pauk yang biasa adalah seperti berikut :

- ayam masak kicap/pedas/goreng/rendang
- sambal goreng
- serunding kelapa
- mee hun/mi kuning goreng
- ikan kering
- tempe goreng / tempeyek
- ulam mentimun
- tumis kacang panjang
- ulam sayur

Hebat bukan. Oleh itu untuk mengenal lebih mendalam datanglah melawat ke negeri Johor. Selain makanan ini mungkin ada makanan lain yang menjadi indentiti suatu masyarakat.
Seronoknya macam yang seronok berada di Malaysia.

                                                       gambar hiasan : nasi ambeng
                                              
                                               nasi ambeng yang telah siap sebelum dihidangkan

                                                    nasi ambeng dihidangkkan di majlis kenduri tahlil

   lazimnya didalam satu dulang terdapat seorang ketua dikalangan 4 orang bagi membahagikan nasi untuk dibungkus pulang

                                                              sedapkan m...nasi ambeng





PUSAT REKREASI AIR TAMAN WETLAND PUTRAJAYA

M..relakslah.Cantik tempat ini,bukan di luar negara tapi di didalam negara. Indahnya Malaysia. Kawasan ini dilengkapi restoran ditepi tasik, kemudahan kepada pengunjung untuk berkayak da memancing. Ia merupakan lubuk kepada pemancing sejak mula dibuka lagi. Konsep memancing disini adalah konsep tangkap dan lepas. Berdasarkan peraturan disitu yang saya ketahui tak semua ikan ditangkap dibenarkan dibawa pulang.
     Pada saya paing seronok ialah pengunjung boleh melakukan aktiviti berkayak di dalam kawasan tasik. Setiap pengunjung yang berkayak dan memancing dkenakan bayaran sewa berpatutan. Kaunter tiket kayak atau bot berdekatan dengan restoran di Taman Rekresai Air.
       Panorama air yang tenang,angin yang segar, ieti yang menarik dan keindahan alam memang amat menarik. Ia juga sesuai untuk individu menghabiskan masa lapang bersama keluarga  di hujung minggu.
      Ia dibuka dari jam 10pagi hingga 6.30 petang dari hari selasa hingga jumaat dan 10pagi hingga 7 malam pada hujung minggu dan cuti umum.
         Ingat pada saya ia adalah tempat menarik menyediakan pelbagai kegiatan sepaerti memancing dan berkayak selain menjadi kawasan menjamu selera sambil bersantai 
                                                  pesisiran pusat rekreasi

                                                     aktiviti riadah yang disediakan
                                                          pandangan sisi taman air
                                                         amat menarik

Ahad, 8 Mei 2011

PEMANDANGAN PUTRAJAYA DARI PUNCAK PICC


Salam santai...inilah pandangan dari PICC Putrajaya. Sungguh mengasikkan, jika kite lihat di dalam Putrajaya memang banyak tempat yang lebih menarik. M....Lebih hebat dari luar negara. Suasana yang tenang,redup dan angin yang sepoi-sepoi bahasa serta pandangan indah. Bila kita pergi di dataran PICC ...gambaran lebih jelas dari atas adalah pesiaran Cyberjaya dan Putrajaya sendiri.
Ramai pelancong datang mengambil gambar dari atas sini baik dari dalam dan luar negara. Kepada yang belum pergi ke Putajaya silalah datang bersama keluarga dan rakan-rakan.Sesungguhnya panoramanya sungguh mengasikkan.Jumpa lagi dalam SALAM SANTAI...Indahnya Putrajaya..kita cuba jelajah tempat-tempat yang menarik tunggu....

welcome 2 urut santai